Connect with us

Terkini

‘Wira Kita Datang Menyelamat’ – Datuk Lee Chong Wei Sumbang 50 Tablet Untuk Pelajar

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan menyumbangkan 50 buah tablet untuk kegunaan pelajar-pelajar kurang berkemampuan di parlimen Bukit Mertajam.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong memberitahu menerusi satu hantaran Facebooknya hari ini.

Steven Sim menjelaskan bahawa hasrat itu disuarakan Datuk Lee Chong Wei menerusi satu panggilan telefon semalam setelah dia mendapat tahu mengenai program Asal Cek Mau Pi Sekolah yang sedang diusahakannya.

“Wira kita datang menyelamat!”

Advertisement


“Semalam Chong Wei telefon saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

“Berita baik daripada wira kesayangan kita: Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

“Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah (terima kasih)!” kata Sim di Facebooknya.

Berdasarkan perkongsian pegawai Sim, Rosly Yusof, sebaik sahaja diterima, tablet itu akan segera diserahkan kepada keluarga terpilih yang tidak mampu untuk membeli sendiri peranti bagi kegunaan pembelajaran dalam talian anak-anak mereka.

Advertisement

“Chong Wei adalah bekas pelajar SJKC Jit Sin Bukit Mertajam,” kata Rosly.

Program Asal Cek Mau Pi Sekolah dilancarkan pada 24 Jan lalu, untuk menyampaikan bantuan Covid-19 di kawasan parlimen Bukit Mertajam, yang lebih khusus dalam sektor pendidikan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel