Tuesday, December 09, 2025

Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi, Pemandu Mabuk Cuba Langgar Lari Tapi Gagal

February 6, 2021
1 min read

Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Seri Kembangan turut terbabit dalam kemalangan lain di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, malam semalam.

Pihak polis mengesahkan seorang pemandu mabuk yang menaiki kenderaan jenis Hilux telah melanggar penunggang motosikal jenis EX5. Lebih menyedihkan lagi, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Seri Kembangan pada 11.30 malam apabila suspek lelaki berusia 52 tahun melanggar seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek terbabit dikatakan melanggar seorang lagi penunggang motosikal yang mengejarnya ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan itu.



Menurut laporan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memaklum dia menerima laporan pada jam 11.22 malam.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan bermula di Seri Kembangan, Serdang di mana pemandu Toyota Hilux terbabit melanggar sebuah motosikal yang menyebabkan penunggangnya maut.”

“Selepas kemalangan, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju dan penunggang lain yang berada di lokasi kemalangan mengejar suspek dengan bantuan orang awam.”

Difahamkan, semasa tiba di Lebuhraya Bukit Jalil, penunggang itu bertindak menghalang kenderaan suspek dan berhenti di hadapan kenderaan berkenaan.

Katanya, suspek berhenti secara mengejut dan melanggarnya menyebabkan dia cedera di paha, bahu dan jari kanan akibat dihempap motosikal.

“Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Mohd Redzuan, Harian Metro

HANGAT MINGGU INI

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan