[VIDEO]Pasangan Pengantin, 17 Rakan Leka Bergambar Dikompaun Langgar SOP

LANGKAWI — Asyik merakam gambar kenangan secara berkumpulan berhampiran sebatang sungai, 19 individu termasuk satu pasangan pengantin ditahan polis dan dikenakan kompaun, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dipatuhi di sekitar kawasan perumahan di Ayer Hangat, telah mengesan kehadiran kumpulan berpakaian sedondon itu, kira-kira 6.30 petang.

“Semasa rondaan, anggota polis ternampak kumpulan tersebut yang terdiri daripada sepasang pengantin dan 17 individu termasuk pengiring pengantin (seorang lelaki, 16 perempuan) berada berhampiran sungai dan mengambil gambar beramai-ramai. Hasil siasatan mendapat mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut serta ada yang datang daripada beberapa lokasi lain sekitar pulau ini,” katanya hari ini.

Advertisement

Shariman berkata anggotanya kemudian menahan mereka kerana berkumpul dan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk keluar rumah.

Katanya, mereka yang berusia antara 17 hingga 28 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan.

Pada 28 Jan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan nikah, cerai serta rujuk dibenarkan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan mulai Isnin (1 Feb) dan majlis akad nikah hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago