Connect with us

Terkini

Ibu Rahsiakan Ujian Positif COVID-19 Jadi Punca Lima Beranak Dilapor Maut

Satu keluarga kepada seorang wanita Venezuela terdiri daripada lima beranak dilaporkan maut akibat dijangkiti COVID-19.

Malapetaka berkenaan dipercayai akibat tindakan wanita berkenaan menyembunyikan keputusan ujian positif COVID-19 dirinya daripada pengetahuan suami dan tinggal di rumah bersama-sama.

Wanita berkenaan sebelum itu dilaporkan jatuh sakit pada Disember tahun lepas sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Dia yang menghidap selsema teruk ketika itu memilih untuk menjalani kuarantin di rumah selepas menjalani ujian PCR.

Advertisement



Menurut laporan Newsweek, wanita berkenaan memaklumkan kepada suaminya bahawa dia hanya menghidapi demam biasa dan berkemungkinan tidak mendedahkan keputusan positif COVID-19 tersebut.

Walau bagaiamanpun, wanita berkenaan akhirnya memaklumkan perkara sebenar ketika mereka dalam perjalanan menghadiri parti keluarga atas alasan tidak mahu bercampur-gaul hingga membahayakan kessihatan ahli keluarga yang lain.

Pada Januari tahun ini, wanita berkenaan mula menunjukkan simptom pneumia, bagaimanapun ujian rapid test keatas suami dan 3 anaknya adalah negatif.

Dua minggu kemudian, keadaan wanita tersebut semakin kritikal dan dimasukkan ke hospital. Ujian sekali lagi dilakukan kepada suami dan 3 anaknya. Malangnya, ujian kali ini mendapati keempat-empat mereka positif COVID-19 dan asymptomatic.

Beberapa hari kemudian, suaminya turut dimasukkan ke hospital selepas keadaannya mula kritikal dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia seminggu kemudian. Tiga anaknya turut terkorban akhir bulan lalu.

Advertisement

Kes memilukan itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan yang mengingatkan orang ramai supaya peka dan sentiasa patuh dengan SOP ditetapkan.

Sumber: Newsweek

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel