Friday, December 05, 2025

Israel Lulus Beli Peralatan Perang Dari AS Bernilai AS$9 Bilion

February 8, 2021
1 min read

Israel meluluskan pelan berbilion dolar US untuk menguatkan tentera udaranya dengan pesawat perang dan peralatan tentera canggih, lapor Agensi Anadolu.

Siaran milik kerajaan KAN TV melaporkan setelah tiga tahun tertangguh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet yang berlangsung selama tujuh jam, dihadiri Menteri Pertahanan Benny Gantz.



Perjanjian bernilai US$9 bilion itu merangkumi pembelian helikopter Chinook, pesawat perang F-35 dan F-16, bom, senjata canggih dan kapal tangki pengisian minyak di udara, katanya.

Kementerian Kewangan menentang perjanjian itu kerana Tel Aviv perlu membuat pinjaman dari bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai rancangan tersebut dan ini bermaksud pengurangan bantuan tahunan dari Washington.

AS, penyokong ketenteraan terbesar Israel, mengumumkan pada 2018 akan memberikan bantuan sebanyak AS$38 bilion dalam tempoh 10 tahun kepada Tel Aviv.

– Bernama

HANGAT MINGGU INI

“Sila naik ‘penyapu’ kalau nak ke angkasa,” Rusia henti jual enjin roket kepada Amerika

Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia, Dmitry Rogozin mengumumkan penamatan penjualan enjin roket

Tersilap identifikasi: Dua anggota komando israel maut ditembak oleh pasukan sendiri ketika rondaan

Dua pegawai daripada pasukan komando tentera Israel dilapor terkorban, selepas ditembak oleh