Tular di media sosial apabila seorang pekerja penghantar barang cedera teruk di muka selepas menjadi mangsa serangan anjing ketika menghantar barang di kawasan perumahan.
Menurut aplikasi Tiktok milik Asri Izham, pemuda yang yang dipercayai adiknya mengalami kecederaan di muka dan telah dikejarkan ke klinik selepas mengalami luka dalam setelah menjadi mangsa serangan anjing.

Dalam kapsyen yang disertakan dengan video kecederaan adiknya itu, Asri meminta agar mana-mana pemilik rumah yang membela anjing mengawasi haiwan peliharaan mereka kerana boleh membahayakan orang lain.
Jadi, dia berharap agar para rider yang menjalankan khidmat penghantaran barangan berhati-hati dengan situasi tersebut.
@asri_izhamTolong Lah Alert Wahai Tuan Rumah Yang Bela Anjing Tu Kesian Lah Dekat Geng Geng Courier Yang Menghantar Barang Dekat Korang Tu😭GWS My Brother👏🏻❤️♬ original sound – Fatil (Kento)
Sehubungan dengan perkongsian video itu, ramai yang meluahkan rasa geram terhadap tuan anjing yang tidak peka dengan reaksi haiwan peliharaan mereka jika melihat orang asing di kawasan rumah.
Selain itu, warganet turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemuda berkenaan dan mendoakan agar diberi kesembuhan selepas mendapat rawatan susulan menjadi mangsa serangan anjing semasa bekerja.



Sumber : Asri Izham
