Friday, December 05, 2025

Diburu Sembilan Along, Nak Pinjam Cuma RM5,000 Kena Bayar RM260,000

February 9, 2021
1 min read

Berdepan keadaan terdesak ada ketikanya membuatkan pemikiran manusia menjadi buntu sehingga mengambil keputusan tanpa berfikir panjang.

Situasi seperti ini sering berlaku pada individu yang bertindak meminjam along untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.



Menerusi laporan oleh Harian Metro, seorang lelaki tertekan disebabkan meminjam hanya RM5,000 daripada seorang along, seorang peniaga terpaksa membayar sehingga RM260,000.

Lelaki berusia 53 tahun itu juga dikatakan hidup dalam ketakutan selepas diburu sembilan along sejak dua tahun lalu.

Kejadian dipercayai bermula apabila mangsa meminjam daripada seorang along dengan kadar bayar balik mengikut perjanjian adalah RM3,000 seminggu.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun gagal menjelaskan pinjaman itu sehingga diganggu wakil along yang menuntut hutang pada setiap hari.

Disebabkan enggan terus diganggu, mangsa nekad membuat pinjaman dengan along lain untuk menjelaskan hutang sedia ada.

“Tanpa disedari, mangsa sudah meminjam sebanyak RM30,000 daripada sembilan along dan sehingga kini, dia masih diburu walaupun sudah membuat pembayaran sebanyak RM260,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak terjebak dengan pinjaman tidak berlesen terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita faham ramai individu terjejas dan hilang punca pendapatan ketika ini akibat penularan Covid-19, namun ia bukan alasan kita mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada along,” katanya.

Sumber: Harian Metro

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video