Connect with us

Terkini

Transformasi Rina Harun Tarik Perhatian Netizen, Didakwa Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun baru-baru ini mencuri tumpuan ramai orang apbila tampil dengan imej baru yang langsing, cantik dan lebih bergaya.

Sebelum ini, Datuk Seri Rina Mohd Harun pernah menjadi bualan hangat netizen apabila sijil diterima oleh pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke Maktab Rendah Sains Mara memaparkan wajahnya.

Terbaru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sekali lagi jadi perhatian netizen apabila perubahan fizikalnya yang dilihat semakin kurus jadi inspirasi buat semua.

Menteri yang berusia 47 tahun itu menjadi inspirasi ramai apabila ada yang bertanya mengenai tips beliau menguruskan badan.

Advertisement

Ada juga yang berceloteh mengenai penampilan yang lebih cantik diletak dalam kad raya.



Walaupun tidak diketahui secara terperinci berapa jumlah berat yang turun, namun jika dilihat dari susuk tubuhnya sangat berbeza berbanding 2 tahun lalu.

Rata-rata mula berteka-teki berapa agaknya berat yang berjaya diturunkan dan apakah pemakanan yang beliau amalkan.

Tak kurang juga yang memuji kecantikan menteri itu yang dilihat lebih muda, sihat dan tampil berkeyakinan. malah ada yang mendakwa DS Rina Harun kuat bekerja siang dan malam sehingga berat badannya turun.

Jika benar seperti didakwa, DS Rina Harun patut diberi satu pujian dan penghargaan dari rakyat Malaysia. Dalam pada itu, masing-masing memberikan pendapat mengenai perkara ini dan ada yang memerhati bahawa DS Rina Harun mula turut berat badan ketika puasa tahun lepas.

Advertisement

Rata-rata warganet amat terpesona dengan kejelitaan penampilan terbaharu beliau yang nampak semakin muda, cantik dan kurus.

Sumber : Haziq

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel