Connect with us

Terkini

3 Pelanggan Kena Serbu, Kompaun Ketika Sedang Sedap Diurut

Kota Kinabalu: Polis berjaya membongkar operasi secara sembunyi sebuah pusat refleksologi di Inanam Capital di sini, semalam.

Dalam operasi pada 5.30 petang itu, lapan individu dikenakan kompaun, ini termasuklah 3 pelanggan yang sedang menikmati urutan.

“Sebaik tiba di lokasi, pusat refleksologi yang berada di tingkat satu bangunan berkenaan didapati beroperasi tanpa kebenaran. Serbuan terus dilakukan dan mendapati terdapat seramai lapan individu di dalam premis berkenaan.” Kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji.



Mereka didapati berada di dalam premis yang tidak dibenarkan beroperasi dan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa alasan munasabah.

Advertisement

Semua yang tertangkap dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel