Tuesday, December 09, 2025

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

February 10, 2021
1 min read

Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik.

“Mereka adalah Wong Shee Kai@Ricky, Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya dalam kenyataan di sini.

Salehuddin berkata, penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

Jelasnya, mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

HANGAT MINGGU INI

Rayuan Berjaya, Hukuman Penjara 13 Bulan Diganti Dengan Denda RM5,500

Walaupun kesalahan yang dikaitkan dengannya  sudah 3 tahun berlalu, pelakon dan pengarah,

Kementerian Pembangunan Usahawan nafi terlibat program Boy Iman

KUALA LUMPUR ― Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam