Connect with us

Pilihan Editor

‘Pemandu Sila Bawa Saya Ke Kelab Terbaik Di Malaysia’ – ‘Keli Boy’ Sah Sertai JDT

Teka-teki mengenai spekulasi perpindahan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab.

Ternyata spekulasi bahawa Police Tero FC sekadar tempat persinggahan Mohamadou Sumareh adalah benar apabila pemain itu sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu disahkan kelab itu menerusi Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, malam tadi.

Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baharu di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisement



“Pemandu sila bawa saya ke kelab terbaik di Malaysia,” kata Sumareh dalam video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di laman media sosial tersebut.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta, bulan lalu telah memberi bayangan akan membawa Sumareh menyertai Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut.

Kata Tunku Ismail, beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh mahu kembali ke Liga Malaysia dan menyertai skuad Harimau Selatan.

Selepas berpisah dengan Pahang ekoran masalah gaji, Sumareh menyertai kelab Thailand itu selama tiga bulan sebelum kembali ke negara.

Namun, sepanjang perpisahan dengan skuad Tok Gajah, beberapa kontroversi timbul termasuk Selangor yang cuba memancing bintang naturalisasi negara itu.

Advertisement

Perkara itu didedahkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi perkongsian beberapa keping gambar berkaitan tawaran kontrak dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyaksikan Sumareh ditawarkan gaji AS$17,000 (RM70,482) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan dalam media sosial.

Sementara itu, Tunku Ismail sedia menjadi ‘orang tengah’ pertelingkahan antara Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Menurut Tunku Ismail, keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengarahkan PBNP supaya membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Sumareh sememangnya cukup tinggi dan beliau akan cuba memujuk tonggak naturalisasi negara itu.

“Terima kasih Pahang. Saya akan berunding dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail di ruangan balas Instagram.

Sebelum ini nama Sumareh semakin hangat diperkatakan dalam arena bola sepak negara susulan isu dengan bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Advertisement

Ia selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan PBNP membayar RM4.9 juta kepada Sumareh berkaitan tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel