Connect with us

Terkini

Takut Kantoi Ada Hubungan Sulit Dengan ‘Skandal’, Ibu Kandung Bunuh Bayi Kerana Wajah Mirip

Seorang bayi berusia sembilan bulan dilaporkan maut selepas dibunuh oleh ibu kandung dan kekasih gelapnya di Bandar Lampung, Indonesia dengan alasan yang tidak masuk akal iaitu hanya kerana wajah bayi itu dikatakan mirip lelaki terbabit.

Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali dengan nama Kartina Suci Rahayu telah dibunuh oleh ibu kandungnya, Ayu dan kekasih gelap,

Muhammad Amin. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di Lampung, Indonesia.

Menurut sumber, walaupun kedua-dua suspek sudah pun berkeluarga serta berstatus isteri dan suami orang tetapi mereka masih menjalinkan hubungan sulit.

Advertisement



Hubungan tersebut mula terjalin ketika wanita itu sedang sarat hamil lima bulan.

Namun, selepas melahirkan, si ibu mendapati wajah bayi perempuan itu tidak sama dengan wajah bapa kandungnya sebaliknya mirip dengan wajah kekasih gelapnya.

Bimbang rahsia terbongkar, kedua-dua suspek membuat keputusan untuk membunuh mangsa.

Mangsa telah diberi minuman yang dicampur dengan gula merah, asam jawa dan minyak rambut. Difahamkan, pembunuhan tersebut sudah dirancang oleh kedua-dua suspek sejak dua bulan yang lalu.

Mangsa yang sudah meninggal dunia kemudian diserahkan kepada neneknya. Pada awalnya nenek mangsa mengakui tidak tahu bahawa cucunya itu sudah meninggal dunia.

Advertisement

Tetapi dia berasa agak pelik kerana melihat mangsa langsung tidak bergerak dan menangis sebelum mendapati cucunya itu sudah tidak bernyawa.

Terkejut melihat keadaan tersebut, nenek mangsa telah menghubungi pihak polis untuk melaporkan berhubung kejadian.

Kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Menurut suami suspek, dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya.

Malah, dia menyangka anaknya itu meninggal dunia kerana terjatuh tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila mendapati mangsa dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri.

Sementara itu, suami suspek memberitahu dia menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan selanjutnya.

Advertisement

Sumber: Tribunnews

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel