Kes SRC: Pengurusan Kes Najib Ditetapkan Mei Ini

KUALA LUMPUR – Pengurusan kes bagi satu lagi dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana  SRC International Sdn Bhd (SRC) ditetapkan pada 3 Mei ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Untuk kes ini, bekas perdana menteri itu menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC.

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata pihak pembelaan telah menerima sebahagian daripada dokumen berkaitan perbicaraan itu daripada pendakwaan.

Advertisement


“Setakat ini tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Mohamed Zaini  Mazlan pada 5 hingga 8 Julai; 12-15 Julai dan 26-29 Julai dikekalkan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes tersebut hari ini.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group,  No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Advertisement

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran selama 12 hari bagi kes itu bermula 5 April ini.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago