Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Disyaki Didera Hingga Maut

TAMPIN – Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar, selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Feb lepas kira-kira pukul 10 malam, di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun, yang dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu ditahan, selepas pendedahan abang mangsa kepada polis bahawa adiknya kerap dipukul, oleh bapa tirinya.

“Pada malam kejadian, abang mangsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya. Pada subuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.

Advertisement


“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia setibanya di klinik walaupun diberi bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas, mengenai seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia, 1 Feb lepas.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di kedua-dua belah, serta kesan gigitan di badan mangsa, selain tiga tulang rusuk kirinya patah.

“Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa, iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati, dan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul,” katanya.

Anuwal berkata suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.

Advertisement

“Suspek kini direman bermula 10 Feb hingga Selasa depan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago