Connect with us

Terkini

Langgar SOP Kedai Makan, Pasangan Selebriti Dikompaun

Pasangan selebriti terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing dikenakan RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran pada Jumaat

Memetik laporan Kosmo, pasangan selebriti ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang kerana melanggar SOP di sebuah restoran di Lipis.



Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan ke Kelantan dan singgah makan di sebuah restoran di Lipis sekitar jam 9.00 malam.

Shuib dan Siti Sarah bersama dua lagi individu dikompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar SOP setelah kelihatan duduk di sebuah meja yang sama melebihi dua orang seperti mana diarahkan kerajaan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis iaitu Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor melaporkan pasangan berkenaan dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan dan duduk di meja makan yang sama melebihi syarat.

“Pemilik turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja. Kompaun dikenakan itu adalah atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Sumber: Kosmo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel