Connect with us

Terkini

Niat Nak Berubat Kembalikan Keperawanan, Sebaliknya Wanita Ini Jadi Mangsa Rogol Dukun

Seorang wanita membuat laporan polis bahawa dirinya menjadi mangsa rogol seorang dukun di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

Difahamkan, mangsa pada awalnya berjumpa dengan dukun berkenaan untuk menjalani rawatan perubatan untuk mengembalikan keperawanannya.


Mangsa berjumpa dengan dukun tersebut selepas dinasihatkan oleh teman lelakinya.

Advertisement

Namun ketika melakukan ritual perubatan, dukun itu mengajaknya melakukan hubungan intim. Mangsa menolak tetapi akhirnya terpaksa jua setelah diugut oleh dukun tersebut.

Selesai menjalani rawatan pertama, dukun itu menyarankan mangsa menjalani rawatan setiap hari dan berperingkat agar keperawanan yang diinginkannya itu kembali.

Tetapi, dukun itu selalu memaksa mangsa untuk melakukan hubungan intim setiap kali dia datang untuk berubat.

Setelah dua kali menuruti permintaan dukun itu, mangsa akhirnya tersedar yang selama ini dia telah ditipu untuk memenuhi nafsu dukun tersebut. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Bertindak di atas laporan itu, polis menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan dengan pertuduhan merogol dengan hukuman penjara maksimum 9 tahun. – Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel