Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Di Atas Pokok

KOTA BHARU, 13 Feb (Bernama) — Seorang warga emas ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, dalam keadaan tersangkut pada ketinggian kira-kira lapan meter di dahan pokok semarak berhampiran rumahnya di Tanjung Mas di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Pegawai Bomba Kanan II Rusli Muhammad berkata Zakaria Adam, 62, ditemukan terkulai di dahan pokok berkenaan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 pagi.


“Sebaik menerima panggilan, sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera digegaskan ke lokasi sebelum tiba lapan minit kemudian. Kami dimaklumkan bahawa mangsa yang mengambil upah menebang pokok tersebut, pengsan dan tersangkut pada dahan pokok.

“Sebaik diturunkan anggota bertindak memberikan rawatan awal namun didapati tiada tindak balas. Sepasukan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat pemeriksaan di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Advertisement

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abd Rahim Daud ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago