Connect with us

Terkini

“Ada Sesuatu Masuk Dalam Rahim Saya” – Janda Terkejut Tiba-Tiba BersaIin Tanpa Tahu Diri HamiI

Pelik tapi benar, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi di mana seorang janda yang selamat melahirkan seorang bayi tanpa mengetahui statusnya yang sedang hamil sebelum ini.

Kisah aneh ini berlaku di sebuah daerah Kabupaten Cianjur, Indonesia. Memang pelik, tak mengandung tiba-tiba ada isi dalam perut, lain macam!

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun New, wanita yang dikenali sebagai Siti Jainah, 25, mengaku dia merasakan terdapat sesuatu yang memasuki ke dalam rahimnya sebelum perut mula membesar. Namun, pada mulanya saiz perutnya kembali seperti normal sebelum kembali membesar dan selamat melahirkan seorang bayi.

“Beberapa jam sebelum melahirkan saya merasa ada yang masuk ke dalam rahim saya dan terasa sakit. Setelah itu, selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar. Selang dua minit, perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan.”

Advertisement

Ketika kejadian yang berlaku pada Rabu yang lalu, wanita cekal ini telah dibantu oleh seorang bidan ketika proses dia melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram.

“Jujur sehingga sekarang saya masih terkejut. Mungkin ini sudah takdir dari Allah SWT. Yang penting saya dan bayi dalam keadaan sihat.”

Walaupun, terkejut mendapat bayi perempuan secara tiba-tiba, wanita ini memanjatkan rasa syukur dan bertuah kerana anak yang dilahirkannya sihat seperti bayi-bayi yang lain. Difahamkan, dia sebelum ini telah bercerai dengan seorang lelaki warganegara Agrabinta.

Namun, atas persuratan takdir mereka telah berpisah sejak empat bulan yang lalu.

Advertisement

Sumber: Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel