Friday, December 05, 2025

Telan 54 Bebola Magnet Gara-Gara Ingin Tahu

February 14, 2021
1 min read

Manchester: Disebabkan eksperimen tidak menjadi, seorang kanak-kanak di United Kingdom terpaksa menjalani pembedahan berisiko selepas menelan 54 bebola magnet bulan lalu.

Sebelum itu, Rhiley Morrison, 12, dari Greater Manchester menerima hadiah bebola magnet terbabit sempena Hari Natal, Disember lalu dan sikap ingin tahu yang keterlaluan mendorongnya menelan bahan berkenaan.

Dia yang menghidap Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) mahu tahu sama ada magnet itu melekat di dalam perutnya dan keadaannya selepas keluar menerusi usus.

Malangnya, percubaan Rhiley tidak menjadi seperti dirancang dan dia akhirnya memberitahu ibunya, Paige pada jam 2 pagi, 5 Januari lalu, tetapi hanya memaklumkan tidak sengaja menelan dua magnet.



Paige, 30, terus membawa anaknya ke Salford Royal Hospital yang mana ujian sinar-x menunjukkan terdapat lebih magnet dalam badan Rhiley.

“Doktor mengesyaki ada 25 hingga 30 bebola magnet, tetapi selepas pembedahan, doktor beritahu mengeluarkan 54 bebola.

“Saya tidak faham bagaimana dan mengapa dia menelan magnet sebanyak itu,” kata Paige seperti dilapor Oddity Central.

Rhiley yang menjalani pembedahan di Royal Manchester Children’s Hospital menghabiskan 10 hari di wad dengan tidak bergerak dan kerap memuntahkan cecair hijau disebabkan kebocoran usus.

Dia juga makan menerusi tiub selain dipasangkan tiub kencing kerana tidak boleh ke tandas.

“Luluh hati saya melihatnya dalam keadaan begitu dan ia lebih sukar kerana pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan kunjungan pelawat. Saya tidak percaya semua ini berlaku disebabkan bebola magnet,” katanya yang berkongsi kisah itu untuk pengajaran supaya tiada kanak-kanak menderita sama. – Agensi

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan