Sebelum tular di media sosial satu video yang telah membangkitkan kemarahan netizen.
Dalam video tersebut menunjukkan seorang warga emas telah ‘dibuli’ oleh sekumpulan remaja.
Tindakan mereka disifatkan sebagai tidak beradab, dan mengambil kesempatan terhadap warga emas yang lemah itu dipercayai berlaku di Terengganu.
Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, memaparkan tindakan kurang ajar di mana seorang remaja lelaki, bertindak membonceng warga emas itu sebelum membuat ‘wheelie’.
Susulan daripada itu, warga emas itu terjatuh lalu terduduk di atas tanah.
Tindakan remaja itu disifatkan memang sengaja dan mempunyai niat untuk membuli warga emas itu.
Perkongsian itu di laman sosial, meraih pelbagai respon daripada netizen yang mengecam tindakan remaja ini.
Pada masa yang sama, mereka turut menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan dengan apa yang telah terjadi.
Terbaru, sekumpulan remaja itu telah tampil memohon maaf dengan apa yang telah terjadi.
Dalam video tersebut, mereka dilihat cuba bersalam dan memeluk warga emas itu.
Walau bagaimanapun, netizen beranggapan permohonan maaf itu tidak dibuat dengan ikhas dan hanya dibuat kerana terpaksa.




Sumber: Info Kes Jenayah, Kemalangan, Dan Bencana Di Malaysia & Luar Negara
