[VIDEO] Tuju Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Buat Anak Sulung, Nyanyian Elyana Undang Sebak

 297 total views,  1 views today

Dendangan lagu Sampai Menutup Mata oleh penyanyi Elyana dalam Instagramnya baru-baru ini mengundang sebak peminat dan para pengikutnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana, mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Memetik portal Harian Metro, Elyana memberitahu sel kanser lama sudah berkurangan tetapi merebak ke bahagian badan yang lain.

Para peminat semestinya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi ini.

Walau pun sedang berjuang dengan kanser, Elyana nampak ceria di samping dua anaknya yang tersayang.

Terbaru, nyanyian Elyana khas buat si anak di Instagram mengundang rasa sebak netizen.



Elyana menujukan lagu berkenaan untuk anak kesayangannya, Cinta Sumayyah yang kini berusia 10 tahun.

“Lagu untuk cintaku,” kata Elyana sambil menyanyikan lagu dendangan asal penyanyi seberang, Acha Septriasa itu.

“Tiba-tiba post ini keluar. Bila dengar rasa sebak terus hati dengar El (panggilan Elyana) menyanyikan lagu ini,” tulis salah seorang pengikutnya dalam Instagram.

Pengikut di media sosial rata-rata mendoakan semoga penyanyi ini diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Mereka turut berduka melihat berat badan Elyana yang semakin susut hari demi hari.

Elyana turut meninggalkan ucapan terima kasih diruangan komen kepada peminatnya yang selama ini banyak mendoakan kesejahteraannya.

“Terima kasih kerana mendoakan saya. Semoga yang baik ini akan berbalik semula kepada awak semua,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Sumber: Elyana