[VIDEO] Tumpangkan ‘Mak Ayah’ Balik

 2,011 total views,  1 views today

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Sebagai manusia yang bergelar hamba Allah, pastinya kita tidak akan terlepas daripada sebarang ujian sama ada segi kesihatan, kesempitan hidup dan sebagainya.

Kadangkala, mereka yang sudah berusia juga terpaksa membanting tulang dan memerah keringat hanya untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi perkongsian wanita bernama Athirah Zahari ini di laman aplikasi TikTok miliknya, dia menceritakan kisahnya dipertemukan dengan sepasang suami isteri warga emas yang sedang berjalan sambil membawa sebungkus muatan di bahu mereka.



Dia menceritakan telah terserempak dengan suami isteri ini di tepi jalan raya malah yang lebih meruntun hati apabila melihat kedua-dua mereka membawa bungkusan yang berat di atas bahu.

Tanpa berfikir panjang, Athirah kemudian menawarkan diri menumpangkan mereka berdua untuk pulang ke rumah.

Namun, setibanya di rumah, wanita warga emas ini seakan berat hati mahu melepaskan Athirah pulang dan memujuknya untuk bermalam di situ kerana dia mengakui agak sunyi di rumah tanpa kehadiran anak-anak.

Bercerita dengan lebih lanjut, Athirah mengakui dia juga berat hati untuk meninggalkan pasangan ini tetapi dia berjanji akan sentiasa melawat mereka di rumah.

  

@athirahzahariiHargai laa saat kau masih ada waktu 😭 #makayah♬ rindu setengah mati by äd – äd

@athirahzahariiPart last memang laju je airmata jatuh 😭♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia


Sumber: Athirah Zahari