Pengasas Produk Cium Mulut Ditahan Lepas Hadir Ke Balai Polis

Tular sebelum ini satu klip video seorang kanak-kanak yang dipercayai adik angkat kepada pengasas produk kecantikan telah dicium di bahagian mulutnya.

Video tersebut secara tidak langsung telah dianggap Sexual Grooming terhadap kanak-kanak tersebut tanpa disedari.

Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan. Terbaru, individu berkenaan telah ditahan apabila dia sendiri yang menghadirkan diri ke balai polis.


Memetik portal Harian Metro, pihak polis sebelum ini menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang individu berhubung video tersebut.

Advertisement

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan pengasas produk kecantikan itu bagaimanapun telah tampilkan diri ke balai polis untuk memberi kerjasama.

“Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.”

“Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis.”

Kes ini bagaimanapun akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago