Connect with us

Terkini

Polis Tahan Pengasas Sugarbook

Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ yang menawarkan perkhidmatan ‘dating service’ atau percintaan secara dalam talian, ditahan polis di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat seperti memetik laporan Sinar Harian berkata, sepasukan anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki berusia 34 tahun itu menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang.

“Siasatan awal suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Memetik Bernama, media baru-baru ini melaporkan Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Malah, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan turut mendakwa terdapat peningkatan jumlah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang  menggunakan aplikasi itu untuk mencari ‘sugar daddy’.

Justeru itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan bersama PDRM mengenai aplikasi tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel