‘Terima kasih Tuan Nik Ezanee…’ – Keluarga Terharu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Sanggup Turun Liang Lahad Bantu Urus Jenazah Bapa

“Kami sekeluarga tidak menyangka keprihatinan nik yang sanggup turun ke liang lahad untuk membantu menguruskan jenazah suami,” kata Nafisah Mohd Zin.

Nafisah, 53, adalah balu kepada Sarjan Mejar Mashidi Husian, 53, yang meninggal akibat penyakit buah pinggang, semalam.

Menurutnya, arwah suaminya selalu bercerita mengenai keprihatinan ‘bosnya’, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, namun dia tidak menyangka pengakhiran arwah suami turut mendapat perhatian.


Memetik portal Harian Metro, Nafisah berkata, kini anak bongsu lelaki berusia 22 tahun akan mengikut langkah arwah suaminya apabila memohon untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjadikan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu sebagai idola.

Advertisement

“Arwah mengidap penyakit buah pinggang sejak 19 tahun lalu dan sentiasa komited dengan pekerjaan dilakukannya.

“Kami sekeluarga terharu dengan tindakan Tuan Nik Ezanee yang turun ke liang lahad lengkap dengan uniform.

“Adik beradik arwah yang tidak dapat datang turut terkejut apabila melihat gambar tular pegawai berpangkat tinggi membantu menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular gambar dan video menunjukkan Nik Ezanee yang lengkap beruniform turun ke liang lahad bagi membantu menguruskan jenazah anggotanya.

Gambar berkenaan mendapat perhatian ramai kerana tindakan prihatin dilakukan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.

Advertisement

Arwah meninggal dunia di rumahnya di Desa Aman, Pantai Dalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, semalam.

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 hour ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago