Tuesday, December 09, 2025

Gara-Gara Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris, Penyampai Radio Digantung Tugas

February 19, 2021
1 min read

Hitz FM menggantung sementara tugas penyampai radio lelaki Hitz FM Sarawak berhubung perbuatannya mentertawakan seorang guru di saluran DidikTV.

Gara-gara memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah saluran TV pendidikan, penyampai radio itu menerima kecaman hebat daripada netizen hari ini.



Susulan daripada itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur iaitu Hafiz Nizamuddin dalam satu kenyataan memaklumkan penyampai radio tersebut telah digantung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan siasatan dalaman tentang isu viral tersebut.

HITZ berkomitmen untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang serius perkara ini, dan akan melancarkan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya.

Menurut kenyataan media yang dimuat naik di Facebook itu seluruh warga kerja Hitz Fm memohon maaf di atas kelakuan salah seorang penyampai radio mereka yang bertindak mentertawakan seorang guru bahasa Inggeris ketika sedang mengajar di saluran TV pendidikan itu. Oleh itu, mereka memandang isu ini sebagai isu yang serius dan bertindak untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan penyampai tersebut.

Sumber: HITZ Sarawak

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,