Connect with us

Global

[VIDEO] Wartawan Dan Kru TV Dirompak Ketika Siaran Langsung

Seorang kru televisyen di Ecuador telah dirompak ketika siaran langsung di mana penjenayah menghalakan pistol terhadap mereka sebelum melarikan diri.

Lapor Sky News, wartawan sukan, Diego Ordinola sedang membuat siaran di luar kawasan Estadio Monumental pada tengah hari minggu lalu.



Secara tiba-tiba, seorang lelaki bertopeng muka dan bertopi muncul lalu menghalakan pistol kepada wartawan berkenaan, mendesak Diego memberikan telefon bimbitnya.

Wartawan itu kemudiannya cuba bernegosiasi, memaklumkan dia sedang bekerja apabila suspek menghalakan pula pistol kepada jurukamera yang sedang merakam, tulis portal itu.

Advertisement

Tambah Sky News, mereka juga sempat mengejar dan merakam detik suspek melarikan diri menaiki motosikal. Pihak polis kini sedang menyiasat dan cuba menjejaki lelaki tersebut.

Sumber: Sky News

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel