Zamani Akui Sumber Pendapatan Terjejas, Terpaksa Hentikan Rawatan Skoliosis

Penyanyi Gerimis Mengundang iaitu Zamani sebelum ini pernah berkongsikan masalah kesihatan yang dialaminya. Dia menghidapi penyakit tulang belakang melengkung ataupun dikenali sebagai Skoliosis sejak dahulu lagi.

Memetik laporan portal Harian Metro, dia sebelum ini menjalani rawatan penyakit itu terpaksa berhenti seketika kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi.


Zamani mengakui pendapatannya turut terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kos bagi beberapa sesi rawatan tersebut diperlukan antara RM300 hingga RM400.

“Buat masa ini saya berhenti dulu. Namun, kalau rasa sakit sangat saya buat urutan sendiri seperti yang diajarkan. Hidup memang ada fasa-fasanya dan kita kena lalui apa yang berlaku sekarang.”

Advertisement

Akibat terjejas sumber pendapatannya, dia mengakui membuat permohonan bantuan untuk golongan B40 seperti yang ditawarkan kerajaan.

“Apa nak dimalukan kerana artis juga perlukan pendapatan. Pada saya tiada salahnya perkara ini. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana semua orang terkesan sekarang. Semata-mata nak elak malu, tapi hidup susah pun tak guna juga.”

“Apapun, terpulang kepada cara masing-masing dan saya tak malu untuk mengakui perkara ini. Lagipun saya dah pernah rasa susah dulu.”

Bagi meneruskan kehidupan, penyanyi ini turut menjalankan beberapa perniagaan secara dalam talian termasuk menjual syampu dan juga buku Hitam Putih Sebuah Autobiografi.

“Selain itu, saya juga keluarkan syampu jenama Salju yang dipasarkan menerusi platform ilike_global dan akan turut dijual di Shopee selepas ini.”

Advertisement

“Kedua-dua projek ini dihasilkan oleh KRU dan buku berharga RM39.90 itu dicetak sebanyak 300 naskhah untuk edisi pertama. Saya juga bersyukur kerana setakat ini buku itu menerima sambutan menggalakkan.”

Sumber: Harian Metro

 

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

35 mins ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

6 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

21 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago