Connect with us

Terkini

‘Saya Bangga Jadi Cikgu’ – Cikgu Rafidah Akui Kelemahan Diri

Terdahulu, seorang penyampai radio terima kecaman dari netizen apabila tindakannya memuat naik video di laman TikTok seolah memperlekehkan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen.

Dia bagaimanapun telah digantung tugas dan tampil memohon maaf kepada guru berkenaan.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.



“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

Advertisement

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Status guru tersebut telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat.

Netizen turut menasihati supaya cikgu Rafidah tidak perlu menghiraukan kata-kata mahupun kecaman terhadap orang lain terhadap dirinya.

Mereka juga berterima kasih kepada guru berkenaan kerana telah berbakti memberi ilmu kepada para pelajar.

Terdahulu, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kecaman hebat netizen.

Advertisement

Baca: Gara-Gara Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris, Penyampai Radio Digantung Tugas

Sumber: Rafidah Rahmat

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel