Connect with us

Terkini

Kanak-Kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia

Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan yang sebelum ini mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dia dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani, 7, meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga.



“Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira pukul 10 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 22 Jan lepas, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Noorzainy.

Advertisement

Kanak-kanak itu yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel