Friday, December 05, 2025

UMNO Nafi Tolak Kerjasama Dengan BERSATU, PN

February 22, 2021
1 min read

Umno hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan Umno berkata pihaknya memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kelmarin.

Menurutnya, sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT Umno adalah tidak sahih, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepimpinannya.



“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” menurut JKS Penerangan Umno dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut merujuk kepada beberapa laporan media bahawa pemimpin Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN pada PRU15.

Laporan media yang memetik sumber parti itu dikatakan susulan pertemuan kepimpinan Umno di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu.

– Bernama

HANGAT MINGGU INI

Jawatan TPM Dan Kabinet: Serah Pada Perbincangan Pengerusi PN Dengan PM – Ahmad Faizal

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tertakluk

Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini Untuk Sahkan Akuan Bersumpah – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan