Connect with us

Terkini

Uncle Kentang Tampil ‘Offer’ Bayar RM1 Saja

Bagi siapa yang amat mengenali Uncle Kentang, pasti sudah maklum bahawa figura kemanusiaan ini ada menyediakan perkhidmatan ambulans rakyat.

Kadar caj yang dikenakan teramat murah, difahamkan ianya adalah semata-mata untuk kegunaan dan kebajikan bagi golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, Uncle Kentang berkongsi tentang satu kisah seorang individu yang ‘terdesak’ mahu menggunakan khidmat ambulans rakyatnya tapi mengalami kekangan wang.



Bagaimanapun atas ihsan sebagai seorang manusia, Uncle Kentang membuat satu tawaran paling ‘berharga’ buat individu tersebut. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

 

Allahu akbar! Allahu akbar!

Kedengaran tangisan dan esakan seorang wanita Melayu, anak polis pangkal badan 49 bersama suara dalam telefon. Allahu akbar, Allahu akbar.

Beliau menangis kerana beliau nak bawa mak stroke pulang ke Bandar Tasik Selatan dan saya charge RM150. Beliau terhenti perbualan sejenak, sambung semula dengan nada tenang. Beliau merayu,

“Uncle, saya seorang kerani biasa. Saya tiada banyak duit. Boleh kurang ke?”

Saya dengan nada tenang berbalas, “Kalau begitu, kamu bayar saja RM1,”

Advertisement

“Eh uncle, uncle janganlah main-main,”

Saya menjawab dengan air mata membasahi pipi saya. Saya faham perasaan beliau. Dengan suara rendah dan tenang, saya kata,

“Kamu bayar RM1, jagalah mak dengan baik. Kita semua ada satu emak sahaja. Berdosa kalau aku ambil duit kamu. Nanti kamu boleh beli pampers mak,”

“Allahu akbar, Allahu akbar..” kedengaran suara beliau menangis teresak-esak.

Begitulah udara di luar rumah saya menyaksikan air mata mengalir tanpa disedari di pipi saya menemani perbualan pagi ini.

Advertisement

“Uncle, aku tidak tahu jam berapa mak akan discharge,” 

Saya jawab “Tak mengapa. Kita siap sedia menunggu..”

Pagi ini kita lebih indah lagi, kerana kalian semua menyokong dan ‘support’ ambulans rakyat.

Pagi ini air mata berguguran bukan kerana kesedihan, malah ia air mata perpaduan. Air mata kita saling mengerti. Saling mengasihi antara satu sama lain. Kita berbeza dalam satu.
Allahu akbar. Akan menjadi satu ingatan terpahat di memori hidup saya walaupun saya tak mengenal beliau, tetapi kita semua adalah insan manusia.

Semoga mak cepat sembuh. Saya akan cuba cari katil hospital untuk mak, kerana permohonan ayah di PDRM akan memakan masa tiga bulan.

Advertisement

Kepada mereka yang perlu katil hospital silalah ‘call’ kita. Kita akan permudahkan, kerana mak dan ayah kau juga adalah mak dan ayah kita. Susah kamu susah kita.

Sumber: Uncle Kentang

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel