Connect with us

Terkini

Penyampai Kontroversi Letak Jawatan Sebagai DJ HITZ Sarawak

Selepas teruk dikecam netizen susulan video mentertawakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri akhirnya meletakkan jawatan.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian majikannya, HITZ Sarawak yang mengeluarkan satu permohonan maaf dan DJ berkenaan digantung tugas sementara untuk siasatan lanjut.

Peletakan jawatan deejay berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan DJ Yusuf diumumkan stesen berkenaan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.



Pengurusan Hitz FM sebelum ini membuat siasatan dalaman berhubung kontroversi yang berlaku pada minggu lalu.

Advertisement

Menerusi kenyataan ringkas tersebut, Hitz FM memaklumkan pihaknya menerima keputusan peletakan jawatan Yusuf yang berkuat kuasa semalam.

“Berikutan siasatan dalaman mengenai kontroversi membabitkan salah seorang penyampai kami baru-baru ini, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.

“Hitz FM akan kekal komited untuk menyalurkan segala maklumak dan hiburan kepada rakyat Malaysia,” memetik kenyataan Hitz FM.

Terdahulu tindakan Yusuf memuat naik video TikTok guru DidikTV sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen dan segelintir pihak mendesak Hitz Sarawak memecatnya.

Yusuf menerima kecaman hebat daripada netizen selepas memuat naik sebuah video yang didakwa mempersendakan seorang guru subjek Sains bertutur bahasa Inggeris dalam saluran DidikTV Kementerian Pendidikan.

Advertisement

Berikutan itu, pada Jumaat lalu, penyampai radio terbabit memohon maaf secara terbuka kepada guru berkenaan dan pada masa sama, beliau digantung tugas serta merta.

Baca: Yusuf Shukri Buat Permohonan Maaf Kepada Guru Bahasa Inggeris

Baca: ‘Saya Bangga Jadi Cikgu’ – Cikgu Rafidah Akui Kelemahan Diri

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel