Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar SOP Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

 598 total views,  2 views today

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa bengang apabila mereka melihat foto dan video mengenai sekumpulan personaliti media sosial yang dipercayai merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi laporan Berita Harian, Polis Kelantan sedang mengesan personaliti media sosial tersebut. Ini kerana, individu berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan yang dilakukan personaliti media sosial tersebut pada waktu petang semalam. Tambah beliau lagi, hasil semakan terhadap berita viral tersebut, mereka mendapati ada beberapa keping foto yang dimuat naik individu berkenaan menunjukkan mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

“Malah, ramai juga yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan. Justeru, polis Kelantan sedang mengesan individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat).”

Ujar Shafien lagi, mereka sedang giat mengesan individu berkenaan dan kes ini bakal disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Terdahulu tular di media sosial beberapa personaliti media sosial yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri perkahwinan rakannya di Kota Bharu.

Sumber: Berita Harian