[VIDEO] Tular Myvi Rempuh Van, Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya, yang menyebabkan seorang pemandu cedera parah di Bandar Kinrara, Puchong, petang tadi.

Video yang memaparkan kereta jenis Myvi dipandu laju yang merempuh sebuah van dan Proton Waja itu, viral di media sosial hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 2.40 petang tadi.


“Pengadu seorang anggota polis kebetulan berada di tempat kejadian, yang telah dimaklumkan oleh seorang lelaki telah berlaku satu kemalangan dan pemandu salah sebuah kenderaan telah cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh orang awam.

Advertisement

“Tangkapan semula telah dilakukan ke atas suspek itu dan dia dibawa ke Balai Polis Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan dalam hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapat kereta jenis Myvi berkenaan dipandu secara melulu serta laju, sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas.

Katanya mangsa yang cedera parah iaitu pemandu van telah dibawa ke Hospital Serdang dan kini masih berada di zon merah.

“Butiran mangsa masih belum diperolehi dari pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

11 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago