Wednesday, December 10, 2025

Mayat Lelaki Warga Emas Dicampak Depan Sekolah Dipercayai Mati Dibunuh

February 24, 2021
1 min read

Lelaki warga emas berusia 70-an yang juga bisu ditemukan maut dipercayai dibunuh kejam dengan kesan kecederaan di lehernya, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak atau ditinggalkan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, semalam.

Mangsa dipercayai dibawa menaiki kereta oleh seorang lelaki berusia 30-an sebelum mayatnya ditinggalkan di hadapan sekolah berkenaan kerana motosikal mangsa ditemukan di tempat lain.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4.30 petang berkaitan pergaduhan di kawasan Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini.

Menurutnya, sejurus meninggalkan mayat di kawasan sekolah, suspek melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki di kawasan Taman Wira Mergong menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

“Suspek ditahan orang awam di kawasan itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek didapati berada dalam keadaan khayal. Dia juga dipercayai terbabit dalam pergaduhan petang tadi dan individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat lelaki warga emas itu di sini (hadapan sekolah),” katanya seperti dipetik Harian Metro.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video