Friday, December 05, 2025

Pemandu Myvi Rempuh Van Dibebaskan

February 24, 2021
1 min read

Pemandu Perodua Myvi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari kerana memandu melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Serdang kelmarin.

Kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas semua keterangan individu berkaitan diambil. Pemeriksaan fizikal kenderaan juga akan dibuat.



Polis kini meminta saksi dan pemilik rakaman kamera pemuka (dashcam) mengenai kemalangan berkenaan menghubungi pegawai penyiasat (Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 012-9845477) untuk membantu siasatan.

Sampel darah suspek juga sudah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk diuji dan polis masih menunggu keputusan ujian tersebut yang dijangka mengambil sedikit masa serta akan dimaklumkan kemudian.

Berdasarkan rakaman video tular, kereta Myvi dipandu suspek didapati dipandu laju dan merempuh sebuah van dan kereta jenis Proton Waja, hingga menyebabkan pemandu van parah. Insiden berlaku 22 Februari lalu jam 2 petang di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang, Selangor. Malah nyaris melanggar penunggang motosikal.

Suspeksi berusia 26 tahun itu dilaporkan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan