Connect with us

Global

Dirogol Suami Ketika Hamil, Isteri B**** Suaminya & Terus Disumbat Ke Penjara Selepas Mengaku Bersalah

Seorang wanita di Tamil Nadu, India ditahan polis kerana membunuh suaminya yang memaksa dia untuk melakukan hubungan intim ketika dia sedang hamil.

Lapor The Times of India, suspek berusia 21 tahun itu membunuh suaminya dengan cara mencampurkan racun serangga di dalam makanannya. Selepas kejadian itu, suspek, A Mythily, tampil menyerah diri kepada polis.

Difahamkan, Mythily dan suaminya, N Nandha Kumar, baru saja mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu dan suspek kini sedang hamil lima bulan.



Mythily merupakan isteri kedua mangsa, mengaku dia selalu diseksa oleh suaminya dan dipaksa melakukan hubungan intim walaupun mengetahui dirinya sedang hamil.

Advertisement

Tidak tahan dengan perbuatan suaminya, suspek mengambil keputusan untuk meracun mangsa yang disahkan mati dalam kejadian yang berlaku pada 15 Februari 2021.

Inspektor polis di Balai Polis Andhiyur, S Ravi berkata, Mythily terus disumbat ke dalam penjara biarpun dalam keadaan dirinya hamil, setelah dia dalam keterangannya mengaku telah membunuh suaminya. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel