Kes Bunuh Pengasas Ambank: Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Mati Bekas Pemandu Trak Tunda

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati seorang bekas pemandu trak tunda bagi kesalahan membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan bagi kesalahan cuba membunuh isteri Najadi iaitu Cheong Mei Kuen.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Dalam penghakimannya, Rohana berkata pembelaan Koong telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.

Advertisement


Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Koong, berkata jalan terakhir anak guamnya untuk mendapatkan kebebasan ialah dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.

Koong, 52, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, telah dijatuhi hukuman mati pada 27 Okt 2017 kerana membunuh Najadi, 75, selepas kes itu dibicarakan semula.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh Cheong.

Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.

Pada 5 Sept 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Azman Husin telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Koong kerana membunuh Najadi dan penjara 18 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.

Advertisement

Bagaimanapun, pada 14 Dis 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi selepas memutuskan Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan beliau telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.

Chew dikatakan adalah individu yang memandu kenderaan membawa Koong dari lokasi selepas insiden tembakan itu.

Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.

Perbicaraan semula kes Koong telah didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ab Karim Ab Rahman (kini Hakim Mahkamah Tinggi).

Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa pembelaan anak guamnya tidak dinilai secara adil oleh hakim yang mendengar perbicaraan kes itu seperti dikehendaki undang-undang.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi pula berhujah bahawa sabitan terhadap Koong adalah selamat kerana terdapat bukti yang kukuh serta meyakinkan untuk menyokongnya.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah ketika memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago