Connect with us

Terkini

Lelaki Kena Bayar RM31,300 Sebagai Pampasan Sebelum Ceraikan Isterinya Yang Selama Ini Hanya Menjadi Suri Rumah Tangga

Seorang lelaki yang baru bercerai dengan isterinya diperintah oleh mahkamah untuk membayar 50,000 yuan (RM31,300) kepada bekas isterinya, sebagai pampasan kerana isterinya telah menguruskan rumah tangga selama lima tahun mereka berkahwin.

Undang-undang di China menetapkan, isteri atau suami berhak untuk meminta pampasan daripada pasangan di mahkamah ketika bercerai jika salah seorang daripada mereka menanggung beban atau tanggungjawab yang lebih besar.



Bebanan yang dimaksudkan itu termasuklah menguruskan rumah tangga. Dalam kes di atas, wanita yang diceraikan berkata, dia tidak bekerja selama berkahwin dan hanya fokus menguruskan rumah tangga.

Di saat dia diceraikan suami, dia bertindak menuntut pamapasan menguruskan rumah tangga selama tempoh mereka bersama. Hakim menerima tuntutan wanita berkenaan dan memerintah bekas suaminya membayar 50,000 yuan.

Advertisement

Selain itu, bekas suami turut diwajibkan membayar 2,000 yuan (RM1,251) setiap bulan kepada wanita itu bagi membiayai keperluan anak mereka. Sementara, aset-aset yang lain akan dibahagikan sama rata.

Namun, netizen di China menganggap tuntutan 50,000 yuan itu terlalu sedikit berbanding pendapatan pembantu rumah yang jauh lebih banyak. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel