Muhammad Sajjad sindir JAIS ?

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman secara terbuka memuat naik gambar yang dipercayai menyindir Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kini sedang memburunya kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dihina.

Gambar yang telah disunting itu dimuat naik di akaun Instagramnya yang menunjukkan dirinya diacu dengan pistol dengan kapsyen:

“Drama baru!!! is a 2021 American neo-noir action-thriller film directed by Chad Stahelski, in his directorial debut, and written by Derek Kolstad. It stars Keanu Reeves, Nursajat, Alfie Allen, Adrianne Palicki, Bridget Moynahan, Dean Winters, Ian McShane, John Leguizamo, and Willem Dafoe. It is the first installment in the nursajat Wick film series.gitewww!!!! Ko ader!!!! Ko takde kan‼️‼️‼️‼️”

Advertisement

Selain itu, lelaki berkenaan turut mula memuat naik gambar screenshot kenyataan dari penggemar LGBT termasuk individu berpengaruh di media sosial yang menyokongnya.

Muhammad Sajjad juga dilihat cuba meminta bantuan dari Human Right Watch dan Suhakam Malaysia serta peguam pembela golongan LGBT bagi membantu menangani masalah yang sedang ditanggungnya pada waktu ini.

Di ruangan komen, ramai netizen mendesak lelaki berusia 36 tahun itu untuk tampil menyerah diri dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah menjalankan pemeriksaan di rumah usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, jam 9 malam di banglo mewah milik usahawan itu di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Sajat dilaporkan tiada di rumahnya dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Advertisement

“Anggota penguat kuasa menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu sebelum melakukan serbuan. Hasil pemeriksaan di setiap ruang di rumah berkenaan gagal menemuinya.

“Ketika serbuan dilakukan, hanya ahli keluarga dan pembantu rumah berada di rumah berkenaan. Mereka mendakwa Sajat tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.

“Anggota penguatkuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Katanya, susulan serbuan itu Jais sudah membuat membuat laporan polis.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan itu.

Baca: Didakwa Sedang Bersembunyi, JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjad

Sumber: Harian Metro, IG Muhammad Sajjad

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

5 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago