[VIDEO] Gara-Gara Tak Dapat Order Makan, Sampai ‘Melayang’ Kerusi Meja Restoran

 1,344 total views,  1 views today

Tular video sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan semalam.

Insiden itu dipercayai berpunca kerana tidak sempat ‘order’ makanan, menyebabkab sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan membaling kerusi dan meja milik sebuah restoran.

Video tersebut telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.



Foto: AmpangTamilan 2.0

Berdasarkan video berdurasi 1:47 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah restoran yang terletak di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, individu terbabit bertindak sedemikian dipercayai kerana berang selepas gagal memesan makanan di restoran tersebut.

Pihak restoran didakwa tidak dapat memenuhi permintaan pesanan pelanggan tersebut kerana mereka sedang dalam persediaan untuk menutup operasi.

Oleh itu, kumpulan lelaki ini telah ‘naik hantu’ dan membuat kecoh sebelum bertindak membaling kerusi dan meja restoran tersebut.

Jika dilihat daripada video tersebut, kelihatan kumpulan lelaki tersebut juga dipercayai sedang bergaduh dengan pekerja di restoran terbabit.

Sumber: Harian MetroAmpangTamilan 2.0