Connect with us

Terkini

Budak 12 Tahun Maut Gara-Gara Ketagih Main Online Game

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Kampung Salam Jaya, Subang, Jawa Barat meninggal dunia akibat mengalami ketagihan melampau bermain permainan video secara dalam talian (online game).



Foto: Tribun News

Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara, kanak-kanak malang ini dikenali sebagai Raden Tri Sakti, berulang kali mengadu sakit kepala dan dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun, segalanya telah terlambat apabila Raden disahkan meninggal dunia pada hujung Februari yang lalu.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati Raden meninggal dunia kerana mengalamai gangguan saraf akibat radiasi yang dihasilkan dari telefon pintar.

Advertisement

Difahamkan, kanak-kanak ini sering bermain permainan video secara atas talian setiap hari tanpa mengambil peduli aktiviti lain yang lazimnya dilakukan oleh kanak-kanak sebaya dengan umurnya.

Foto: Tribun Jabar

Ketua Kampung Salam Jaya, Sertu Sugeng berkata, keluarga mangsa membawanya ke hospital selepas kanak-kanak itu sering mengadu sakit kepala yang kuat.

“Raden dirawat selama 16 hari di hospital sebelum keadaannya semakin kritikal dan dia meninggal dunia di rumah. Kaki dan tangannya sama sekali tidak bergerak.”

Tidak berakhir di situ, selama 16 hari dia berada di hospital, tiada sebarang respon positif yang ditunjukkan olehnya.

Advertisement

Sumber: Suara

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel