Connect with us

Terkini

Kena Solat Maghrib Berjemaah Siap Dengan Tazkirah Selepas Ditahan

Tular di media sosial sekumpulan pesalah jalan raya yang ‘dipaksa’ menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mengikuti tazkirah selepas ditahan pihak berkuasa petang semalam.

Seramai 11 pesalah jalan raya itu ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising).

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.



“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.

Advertisement

“Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.”

“Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.”

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya lagi.

Dalam operasi petang semalam membabitkan dua pegawai serta enam anggota dan sebanyak sembilan motosikal disita dan 30 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel