Connect with us

Terkini

Pekerja Kilang Maut Motosikal Dirempuh, Diseret Sejauh 1.5km Oleh Pemandu Mabuk

Seorang pekerja kilang, Muhammad Akmal Hakim, dirempuh dari arah belakang sebelum motosikal diseret kira-kira 1.5 kilometer oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, awal pagi tadi.

Difahamkan penunggang motosikal yang berusia 22 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa.

Kredit foto:NST

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.10 petang itu melibatkan seorang pemandu mabuk dan seorang remaja yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5. Mangsa baru saja pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang di Gebeng.  Motosikal mangsa tersepit di bahagian bumper hadapan kenderaan itu.

Advertisement



Pemandu kenderaan itu didakwa hilang kawalan sebelum merempuh di bahagian belakang motosikal mangsa ketika bergerak pada arah yang sama. Mangsa terbabas dan terjatuh sebelum bahagian kepalanya terhentak pada objek keras dan menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah iaitu Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata sewaktu berlaku pelanggaran itu, suspek tidak sedarkan diri dan membolehkan dia terus memandu sejauh kira-kira 1.5 km sebelum dia berhenti di hadapan rumahnya di Kampung Padang.

Pihak kuasa mendapati tahap pengambilan alkohol diambil secara berlebihan oleh suspek.

“Orang ramai terlihat serpihan motosikal yang tersangkut pada bumper kereta suspek lalu memberitahunya sebelum mereka melaporkan perkara itu ke pihak polis.”

“Siasatan menunjukkan bahawa suspek tidak sedarkan diri sewaktu pelanggaran tersebut. Suspek teruskan pemanduannya bersama motosikal itu dan terdapat kesan seretan di sepanjang jalan.”

Advertisement

“Suspek kini direman sehingga 4 Mac ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.”

Katanya, semakan ke atas kenderaan dipandu suspek juga mendapati kenderaan itu mempunyai lima saman tertunggak membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju.

Sumber: NST, Kosmo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel