Connect with us

Terkini

[VIDEO] Detik Cemas Besi Penghadang Balkoni ‘Runtuh’, Tujuh Pelajar Dilaporkan Maut

Tujuh orang pelajar kolej dilaporkan maut setelah terjatuh daripada balkoni tingkat empat salah sebuah bangunan kuliah di salah sebuah universiti terletak di Bolivia, lapor Daily Mail.

Menurut portal itu, kejadian berlaku pada Selasa ketika para pelajar bersesak-sesak ingin masuk ke dalam dewan kuliah di mana ada antara mereka yang bersandar pada rel penghadang di balkoni. Namun secara tiba-tiba, sebahagian daripada rel penghadang di balkoni tersebut patah, menyebabkan beberapa pelajar terjatuh ke bawah.

Kejadian itu menyebabkan tujuh terkorban manakala empat cedera parah dan sedang menjalani rawatan, tulis Daily Mail.

Berdasarkan rakaman di tempat kejadian, beberapa pelajar sempat menarik rakan mereka yang nyaris terjatuh dari balkoni berkenaan, tambah portal itu.

Advertisement

Salah seorang pelajar dilaporkan terselamat selepas kakinya tersangkut di antara rel besi balkoni tersebut.

Sumber: Daily Mail

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel