Connect with us

Global

(Video) “Walaupun Saya Terseliuh,” Lelaki Ini Dianggap Wira, Berjaya Tangkap Budak 3 Tahun Jatuh Dari Tingkat 12

Seorang pekerja penghantaran berjaya menangkap dan menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pangsapuri di daerah Thanh Xuan, Hanoi pada lewat petang Ahad, 28 Februari 2021 lalu, lapor Mothership.

Tindakan lelaki yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut sejak dari itu telah mendapat pujian dianggap sebagai wira.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di bangunan pangsapuri di Jalan Nguyen Huy Tuong di daerah Thanh Xuan sekitar jam 5.30 petang pada Ahad, lapor media Vietnam.

Kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu dikatakan telah memanjat balkoni rumahnya di tingkat 12.

Advertisement



Rakaman video yang berjaya merakamkan kejadian itu memaparkan kanak-kanak tersebut ‘tergantung’ di balkoni rumahnya selama beberapa saat terlebih dahulu.

Penduduk sekitarnya yang menyaksikan detik cemas itu cuba menjerit meminta tolong ketika menyedari bahawa terdapat kanak-kanak sedang tergantung di balkoni berkenaan.

Seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantaran berusia 31 tahun yang pada ketika itu sedang menunggu pelanggan di lokasi kejadian, telah terdengar jeritan serta tangisan penduduk setempat dan terus bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Penyelamat kanak-kanak itu, Nguyen Ngoc Manh, berkata: “Saya melihat sekeliling dan melihat ke arah atas, kemudian saya terlihat seorang kanak-kanak sedang memanjat pagar di tingkat atas.”

Advertisement

“Berikutan itu, saya segera membuka pintu kereta dan cuba untuk naik ke bumbung logam yang terdapat di situ untuk menangkapnya sekiranya dia terjatuh.”

Selepas saya naik ke bumbung setinggi kira-kira 2m, saya nampak bayi itu sedang terjatuh.”

Pada ketika itu, saya tergelincir, namun tetap berusaha menghulurkan tangan saya ke depan untuk menyambutnya.”

“Nasib baik, kanak-kanak itu betul-betul jatuh dalam pelukan saya. Kedua-dua kami kemudiannya terjatuh dan menghempas bumbung logam tersebut.”

Satu lagi video yang diambil dari rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu memanjat ke bumbung logam, tergelincir, namun menghulurkan tangannya sehingga gadis itu terjatuh.

Advertisement

Bumbung tersebut kelihatan rosak sedikit susulan daripada impak kejatuhan kanak-kanak itu.

Manh menyatakan bahawa darah mengalih keluar daripada mulut kanak-kanak tersebut selepas daripada insiden itu.

Dia terus membawa kanak-kanak itu turun ke bawah.

Beberapa penduduk kemudiannya terus bergegas membawa kanak-kanak tersebut ke hospital.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami patah tangan dan kaki, namun keadaannya stabil manakala Manh pula terseliuh susulan kejadian itu.

Advertisement

“Anak perempuan saya sebaya dengan dia,” katanya.

“Walaupun saya terseliuh, saya dapat melakukan sesuatu yang sangat bermakna,” ujarnya.

Sumber: Mothership

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel