‘Aku Rela Mati Berbanding Membiarkan Agama Allah Dihina’ – Suhaimi Saad Tolak Vaksin Covid-19

 5,399 total views,  1 views today

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad menerusi laman Instagram kekal dengan pendirian menolak pengambilan vaksin Covid-19, malah mendedahkan dia rela mati daripada disuntik penawar tersebut.

Pemberian vaksin Covid-19 tersebut turut disarankan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Dia menerusi entri posting di Instagram mengakui tidak mengecam mana-mana ulama yang pro vaksin dan tampil dengan hujahan sendiri. Dalam posting tersebut dua turut memuat naik paparan skrin mengenai hujah Dr Zulkifli mengenai vaksin.

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apapun hujjah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran.”

“Dalam Al Quran, Allah kata, kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah. Aku juga ada pegangan dari hadis sohih. Tinggalkan apa yang meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu.”

Sementara itu, ada juga segelintir pengikutnya didakwa bersetuju dengan hujahan dan pandangan dari Suhaimi Saad ini, begitu juga sebaliknya yang tidak bersetuju sekiranya tidak mengambil vaksin demi kesejahteraan bersama.

“Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob. Islam adalah agama Allah. Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun untuk jaga agama Dia. Kalau semua orang dalam dunia ini sihat dengan dengan vaksin tu pun, itu tak akan menambah atau mengurangi apa-apa pun di sisi Allah.”

“Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin. Dah berapa banyak vaksin yang mereka buat, tak menyumbuhkan pun. Malah makin banyak pula penyakit baru.”

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam.”

“Aku meminta pada Allah agar membuka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama supaya dapat melihat kebenaran,” ujarnya lagi

Suhaimi sebelum ini turut pernah menerima kecaman hebat daripada netizen kerana menolak suntikan vaksin dan memilih umtuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 12, Phyrosh El Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)