Connect with us

Terkini

“Kalau Ada Pistol Di Situ, Tembak Saja Saya,” Lelaki 52 Tahun Menyesal Berkali-kali, Didakwa ‘Cabul’ Jiran Berusia 12 Tahun

Seorang lelaki berusia 52 tahun mengakui bahawa dia menyesal kerana telah mencabul anak jirannya, lapor Tribunnews.com

Dia menyatakan kekesalannya itu selepas disoal siasat oleh anggota PPA Polis Pinrang pada Khamis lalu.

Setelah disoal siasat, suspek secara tiba-tiba dilaporkan meletakkan kepalanya di atas meja.

Dia turut menangis teresak-esak sambil menutup matanya dengan menggunakan tangan kirinya.

Advertisement

“Ya Tuhan,” tangisnya sambil memegang kepalanya.



Dia kemudiannya mendongak sambil memukul kepalanya serta menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Menyesal?” kata seorang anggota polis PPA Pinrang.

“Ya tuan,” jawabnya sambil menangis.

Berulang kali dia menangis dan meletakkan kepalanya di atas meja.

Advertisement

“Kalau ada pistol di situ, tembak saja saya,” ujarnya.

“Kenapa saya begini, Tuhan,” sesalnya.

Walaupun suspek mengakui bahawa dia menyesal dengan perbuatannya, hal itu tidak dapat membuatkannya bebas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Akibat daripada perbuatannya itu, suspek bakal didakwa dibawah akta perlindungan kanak-kanak.

“Hukuman yang bakal dikenakan adalah minimum 5 tahun, maksimum 15 tahun penjara,” kata Aipda Syarifuddin.

Advertisement

Anggota PPA Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, yang diketuai oleh Ketua PPA, Aipda Syarifuddin, telah menahan suspek di rumah jirannya pada Selasa lalu.

Terdahulu, seroang lelaki berusia 52 tahun telah melakukan pencabulan di sebuah kampung di Kabupaten Tiroang, Kabupaten Pinrang.

Aksi pencabulan itu telah dilakukan ke atas jirannya yang masih berumur 12 tahun.

Suspek dilaporkan mengaku telah melakukan perbuatan tersebut kepada mangsa sebanyak tiga kali.

“Tiga kali. Yang pertama dilakukan di bawah rumah kilang, yang kedua di bawah rumah, yang ketiga di rumah kosong,” katanya.

Advertisement

Suspek menyatakan bahawa dia tidak pernah mengancam mangsa dan setelah setiap kali dia melakukan perbuatan itu dia akan memberikan wang kepada mangsa.

“Sekiranya saya telah melakukannya, saya akan memberikan wang berujumlah 50 ribu Rupiah kepadanya,” ujarnya.

Ketua PPA, Aipda Syarifuddin berkata, suspek telah mula melakukan perbuatan itu sejak dari tahun lalu.

“Perbuatan yang tidak bermoral itu dilakukan sekitar November dan Disember 2020. Kali terakhirnya adalah pada Februari 2021,” kata Aipda Syarifuddin.

Sumber: Tribunnews.com

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel