Tular semalam di media sosial apabila Shuk Sahar dilaporkan telah diserang oleh seorang individu tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan bersama rakannya.
Pasti ramai yang terpinga-pinga apabila menonton video insiden gerai Shuk Sahar diserang oleh seorang individu tidak dikenali dengan kata-kata provokasi itu.
Walaupun ada yang meluahkan rasa kasihan namun rata-rata netizen meninggalkan komen sinis dan mengatakan mungkin ini hanyalah gimik yang dirancang oleh selebriti tersebut.
Pun begitu, Shuk tampil tenang dan reda sekiranya dianggap sedemikian oleh segelintir netizen.
Pun begitu, terbaru, Shuk telah berkongsi video pendek di mana individu yang memulakan provokasi itu datang dan memohon maaf atas ketelanjurannya
“Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader ini lah yang datang masa saya berniaga air tu. Apa yang kitorang nak bagitahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai.”
Selepas sahaja berdamai, Shuk dilihat telah memadam posting asal mengenai kejadian tersebut. Malah individu itu turut mengakui tindakan itu tidak patut dilakukan memandangkan dia adalah orang dewasa.
“Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap. Sebagai orang dewasa kan, saya minta maaf sangat.”
Diharap isu ini reda memandangkan kedua-dua pihak sudah pun berbaik dan bermaafan.
View this post on Instagram
